Protected: sakit, oh!!

This post is password protected. To view it please enter your password below:

Posted in Di Bawah Langit Biru

Tags: , , , , ,

Permalink Enter your password to view comments.

have been awhile since the babbling episode!!

Lama tak muncul rasa mahu tulis panjang jela-jela. Baru saja godek-godek dua buah (?) blog lama yang sudah ditutup. Bila baca balik semua entri-entri dulu, rasa mahu gelak pun ada.

Blog pertama; masa tu baru mula bertatih-tatih menulis blog di account Friendster. Tahun 2006 kalau tak silap. Susunan ayat pun agak tunggang terbalik dan tidak berapa nak dewasa sangat. Banyak juga menggunakan short form dan ejaan yang agak menyampah bila dibaca balik. Contoh ejaannya; “mcm itu lew~” -> “macam itu lah”. Oh, memang agak geli juga bila umur-umur begini baca balik hasil tulisan sendiri yang mengunakan short form yang sebegitu rupa. Tsk!

Daripada blog pertama ini, saya dapat menganalisa balik corak pertumbuhan. Diri waktu itu sangat gembira dengan hidup. Jarang ada mengeluh di sini sana. Entri-entri yang tercatat juga berbunyi gembira.

Blog kedua; Saya mula beralih arah daripada blog di friendster kepada blogspot.com. Ini semua gara-gara pengaruh daripada kak sue. Tambahan pula pada waktu itu features di blogspot macam lebih menarik daripada blog di Friendster. Jadi saya putuskan untuk menutup blog di Friendster dan menulis di blogspot.

Sebenarnya, blog kedua saya ini adalah tempat saya meluah rasa, berkongsi bicara, info dan minat. Lain sedikit daripada wordpress ini. Sebelumnya, saya lebih terbuka, seronok bercerita itu dan ini. Tapi kini segalanya sudah lain. Berubah selepas satu tragedi.

Disebabkan itulah saya mengambil keputusan untuk menutup blog kedua saya yang banyak tercoret segala kenangan hidup. Suka duka perjalanan hidup yang membentuk saya kini. Sebenarnya sayang mahu delete semua entri yang pernah terhasil di blog itu. Jadi, saya tukar address blog tersebut dan set kepada privacy. Jadi hanya saya seorang yang boleh view entri-entri disitu.

Akhir sekali saya menapak di dada wordpress. Kamu tahu, pernah juga muncul rasa mahu padam account wordpress dan lupakan semua-semua. Tapi, saya tidak mampu. Ini macam soul saya juga. Cuma, biasalah. Kadang-kadang hilang lust to write something here. Masih, saya mahu teruskan. Manalah tahu, suatu masa nanti sel-sel di dalam kepala saya mula lupa satu-satu memori yang pernah tercatat.  Untung sabut saya masih ada ini.

Oh, maaflah. Malam ini mood saya mahu membebel berjela-jela tiba-tiba muncul.

Kamu tahu, waktu saya tengah belek satu per satu entri lama dulu-dulu, saya mula sedar sesuatu. Banyak juga kenangan dan memori yang hampir saya lupuskan daripada ingatan. Saya tahu, semua itu disebabkan oleh sebahagian daripada sel-sel di dalam kepala mahu lupakan kisah dulu. Ok, I shall stop writing about hatred.

Tapi, itulah. Diri sekarang lain sedikit daripada dulu. Lebih kuat, tidak mudah menangis, dan matang. Cuma pelik juga. Bila saya mahu menulis ala-ala happy sedikit, rasa bersalah mula muncul. Kononnya saya tidak layak untuk hasilkan tulisan sebegitu. Oleh itu, terhasil lah hasil tulisan yang sebegini rupa. Yang agak serius, dan kadang-kadang cynic juga.

Penyakit psychology kah? Help!

-nuna-

stupid of me

Oh! ini sangat applicable bila promoter sibuk promote itu dan ini. Dan… the biggest weakness is, I can’t resists those advertisement. T_T Paling terbaru bila jalan-jalan Watson dan si gadis cumel bereben di leher sibuk menyuruh saya mencuba product kecantikan itu. Kononnya boleh kasi glow ini muka. urgh!! Belajar tinggi bertingkat-tingkat.. tapi senang amat terpengaruh dengan orang.

Ok, ok. Actually, tak boleh 100% salahkan saya. Before purchasing that product, I already viewed the reviews and think about it for 2 weeks. Then, the 2nd time pergi Watson baru beli. At the end, senang-senang je keluarkan not RM 50 sebanyak 4 keping pada cashier Watson hari tu. hmmpph!

Mula-mula pakai, berkobar-kobar rasa. Dengan bau yang wangi buah tu, best.. Dalam hati memang confident sungguh. Lepas ni berseri-serilah muka ni..~ Lepas sehari pakai, muka da rasa lain macam. Dulu, elok normal.. terus jadi merah-merah, gatal-gatal, ruam kecil-kecil naik, muka jadi bengkak-bengkak dan mata gatal dan sakit. pffffffffttttt!!!!!!!

Seriously, serious!! Rasa menyesal juta-juta and a day had passed by me not in the mood at all. tsk! That is the worst thing ever happened on my face. I tried it for a day only, and it was realllyyyyyyyyyyyyyy worst!! And now already stopped using it and back to the previous product. Alhamdulillah~~ everything back to normal, even not fully recovered. Sedih!!

I know, I should learn from this lesson. But then, please, please, please.. whenever or wherever you guys see me want to buy this and that; do stop me. I really meant it.  Onegai!! Because you know, sometimes I’ll let my guard down. Teehee~ :P

p/s: oh, mas got her point now. Trade in that product which is worth rm200 with a brand new heels Carlo Rino!!! T_T

p/s/s: I can’t reveal the brand’s name here. Because maybe it’s not suitable for my skin. (baca: kang tak pasal kena saman!! dah la owner die kaya siotttt)

white lie

Malam semalam berlaku sesuatu yang urm, janggal dan kelakar sedikit mungkin. Kalau mahu kata kelakar banyak pun saya tak kesah. Tapi baca dulu sampai habis, baru kau boleh nilai.

Begini.

Sebab excited sangat mahu pulang ke Penang, jadi saya update status di facebook, dengan harapan mahu menunjuk-nunjuk pada semua. Macamlah orang lain tak balik kampung mereka juga. Bila tahu saya mahu pulang ke Penang, dua orang rakan sekolah lama saya seorang lelaki dan seorang lagi perempuan ajak keluar. Mahu jumpa-jumpa, minum-minum sambil cerita updates. Saya cakap ‘ok, jum’.

Lama-lama, daripada cerita asal mahu keluar minum jumpa-jumpa kawan perempuan yang sudah berpunya ini dan kawan lelaki yang masih berstatus single itu mula flirting dengan saya. Konon macam kawan perempuan ini mahu menjodohkan saya dengan kawan lelaki yang single ini.

Ok, saya tak cool saya mengaku awal-awal. Memang waktu tu saya gelabah habis. Sampai mula rasa mahu cancel perjumpaan yang mulanya lepak-lepak bersama kawan dan terus tukar jadi double date! Tidak mahu. Tidak mahu. Enough.

Mujur ada kawan yang menyelamatkan keadaan. Terima kasih sangat. Penat juga fikir white lie yang mahu ditabur atas dinding facebook tu.

Pheww~

Disclaimer: Oh, saya bukan anti-lelaki atau apa-apa. Cuma saya jenis yang bukanlah cool sangat pun bila dalam keadaan macam ni. Cuba jangan flirticious. Tak adalah saya gelabah habis. Boleh saja mahu tumpang naik kereta berdua. Bila kau dah flirting macam tu, nak naik kereta berdua dengan kau pun saya dah naik seram. Meremang juga bulu roma. -_-”

p/s: Cerita pun dah habis. Tapi, masih tak rasa kelakar. Ok, saya silap defined pada paragraph pertama. Jadi kamu boleh abaikan saja perkataan ‘kelakar’ tu. Saya memang tak pandai tulis cerita lawak. Akan end up jadi serious juga. isk~

-nuna-

Needing you

Hidup. Seronok tu memang seronok. Hari-hari penuh dengan gelak ketawa. Huha huha sana sini. Sedar tak sedar dalam hati ada gundah. Entah, tak tahu macam mana mahu describes perasaan dalam hati pada orang lain dan harap ada yang menjadi pendengar  tapi end up endah tak endah apa yang kita rasa perlu sangat-sangat perhatian waktu tu. Rasa macam wasted tenaga cerita panjang-panjang tambah emosi yang perlu sangat di calm down a bit campur serious opinion, alih-alih  yeah.. you know; it’s such a waste.  Sebab tu lah now I tend rambling to myself instead cerita pada orang yang tak serious mahu ambil tahu pasal kita.

Tapi kadang-kadang tak pernah nak serik. Asyik fikir; why not I give another try? Another one shoot. Cerita saja. Mana tahu kali ini ada telinga yang mahu mendengar. Again. I felt dissappointed. Tak ada siapa mendengar. No one. None. Bukan nak expects something high. I just need a listener. A good one. Macam the old days dulu-dulu. Mereka selalu ada untuk dengar and gave serious thoughts. Rasa kecewa tu perlu disimpan elok-elok. Tidak perlu ada ekspresi di mana-mana bahagian muka. Tak payah nak tunjuk masam-masam muka. Mungkin they are not born untuk mendengar rasa hati kamu saja. Baik fikir begitu.

Lebih elok kalau simpan saja pada diri kamu semua-semua rasa. Eventhough kadang-kadang fikir mungkin this thing yang buat maturity level sedikit tinggi. Rasa macam betul. Lagipun, dengan jumlah angka hidup until now campur sedikit-sedikit pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan hidup.. memang sudah cukup untuk dikira sebagai dewasa.

Masih, I need one. Orang dewasa pun perlu pendengar juga kan? Enough.

-nuna-

kata hati

" kita baik, orang pijak. kita jahat, orang benci. kita angkuh, orang menyampah. kita sempurna, orang dengki. kita garang, orang takut. kita miskin, orang caci. kita kaya, orang irihati." - ikut orang semua tak kena. baik jadi diri sendiri. yang mana patut diubah, ubah. yang mana perlu dibuang, buang. usah gundah. pasti tidak mati keseorangan. sudah ketentuan ilahi. mana seteru, mana sekutu. pilihan di hujung akal.
Don't let someone become a priority in your life when you're just an option in their life... Find a heart that loves you at your worst and arms that hold you at your weakest

kalendar cik nuna

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pengunjung

  • 11,126 orang

Dari sana ke sini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.