Jauh

Satu menjak, dua menjak ni.. rasa sedikit sepi. Sunyi. Rindu. Sensitif. Seribu satu rasa berbaur. Mujur sudah pindah ke rumah family. Sedikit sebanyak, terubat juga sunyi dan sepi itu.

Dia, jauh di sana. Ya, ada patah-patah yang mengatakan jauh di mata dekat di hati. Betul, dia dekat di hati saya. Tapi.. jarak yang memisahkan dia dan saya daripada segi fizikal ini sungguh menyakitkan.

Sebelum. Mana-mana pergi, ada dia, ada saya. Waktu saya susah, dia muncul. Walau pada tengah-tengah malam. Saya yang dulu pandai berdikari mula dimanja-manja. Mungkin hampir spoiled bila bersama dia. Dia terlalu menjaga dan mengambil berat tentang saya. Waktu saya sedih, dia sentiasa ada di sisi. Sentiasa pinjamkan bahu untuk saya menangis. Sentiasa menyokong dan memberi semangat buat saya meneruskan liku-liku hidup yang semakin mencabar.

Sekarang. Dia jauh di sana. Saya rindu. Betul, jangan selalu ungkapkan kata rindu. Kelak makin merana hati dek menaggung rindu yang tak tertahan. Hanya satu yang menjadi pengubat rindu. Kerja. Kini, saya perlu belajar berdikari semula. Buat itu ini, semua sendiri.Pasrah.

Tapi orang kata; get a life. Jangan terlalu ralat. Jangan terlalu mengira waktu. Makin lambat akan terasa waktu 2 bulan setengah itu. Just follow the flow. okayh?

Saya kata; Insyallah. Saya pasti punya kekuatan untuk itu.

Dia di sana mencari rezeki. Untuk masa depan bersama. Bukan ada apa.

Ya. Betul. Saya akui semua itu. Cuma, kadang orang tidak faham rasa ini. Tak apalah, hanya bahu yang memikul yang dapat merasakan beratnya tanggungan itu.

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan ini seakan memberikan sinar kepada hidup saya. Pemergian dia ke sana di awal Ramadhan juga dapat saya tempuhi dengan tabah. Tidak seperti hari hari sebelum, di mana saya sering menangis terkenangkan dia bakal pergi jauh. Dekatkan diri pada Allah s.w.t. , dan sediakan diri untuk menempuh alam perkahwinan agar menjadi isteri yang solehah. Sebarang kemusykilan saya panjatkan hanya pada DIA. Insyaallah, segala pasti akan berjalan dengan lancar. Dia pasti terpelihara di sana…

Ameen.

-nuna-

Protected: Realistic I am.

This post is password protected. To view it please enter your password below:

Posted in Di Bawah Langit Biru

Tags: , , , , , , ,

Permalink Enter your password to view comments.

Depressed [recover version]

Okeh, saya mengaku saya rasa ego saya tinggi gila. Kalau perasan, semalam atau kelmarin saya ada buat satu entri ‘depressed’. Sebab tak nak tunjuk dekat orang saya ni di dalam kondisi di bawah tekanan sejuta paranormal, saya buang entri tersebut. Jadi, biar orang fikir saya normal. Happy konon-kononnya. Tapi, kesannya saya rasa macam dah nak meletup bagai. Saya rasa tak reti sangat-sangat macam mana nk komunikasi dengan orang. Macam manusia normal lain berkomunikasi. Saya rasa saya sangat keras. Kaku. Dingin.

Shit happened. Mat-mat saleh selalu cakap macam tu. Yes, it it. Saya tak boleh predict semua-semua plan saya senang-senang nak success, smooth macam tu. Tak boleh!! You see, now?? Deng!

I hate to admit it. Saya benci kondisi saya sekarang ini. Cukup. I’m capable of doing nothing. pffft!! Seriously, I’m not in a good condition. Sekarang adalah sangat-sangat low self-esteem. *big sigh*

You know, I suck a lot and stuck in a middle of the journey. I don’t know, what this little head was thinking. It’s not synchronized with my own desires and plans. Whenever I started typing this and that.. both of my hand stopped. Mrs. mind asked them to stop working. Because there is no idea coming out.  Totally, zero. A big ’0′. Seriously, I felt like crying.. and I did. A few time, alone in the office.

But, I said; wake up!! You guys have no time to play around. We should make it by the due. And I know, they were not playing around. They tried their best. Perhaps by  deactivated my facebook account will help to increase the productivity and there is an outcome. But, I still got no idea to write on the chapters. pffftttttttttttt!! What’s wrong with this little brain?? T_T

Hey little brain, I still remember how you guys enjoying those technical thingies, the formulas, the parameters and all. Now, where all the interest gone? You guys should find one. I mean the courage to write the chapters with fun. Not like this. Crying all along. Duh!!!

Helpppp!!!! Onegaiiiii~ T_T

-nuna-

stupid of me

Oh! ini sangat applicable bila promoter sibuk promote itu dan ini. Dan… the biggest weakness is, I can’t resists those advertisement. T_T Paling terbaru bila jalan-jalan Watson dan si gadis cumel bereben di leher sibuk menyuruh saya mencuba product kecantikan itu. Kononnya boleh kasi glow ini muka. urgh!! Belajar tinggi bertingkat-tingkat.. tapi senang amat terpengaruh dengan orang.

Ok, ok. Actually, tak boleh 100% salahkan saya. Before purchasing that product, I already viewed the reviews and think about it for 2 weeks. Then, the 2nd time pergi Watson baru beli. At the end, senang-senang je keluarkan not RM 50 sebanyak 4 keping pada cashier Watson hari tu. hmmpph!

Mula-mula pakai, berkobar-kobar rasa. Dengan bau yang wangi buah tu, best.. Dalam hati memang confident sungguh. Lepas ni berseri-serilah muka ni..~ Lepas sehari pakai, muka da rasa lain macam. Dulu, elok normal.. terus jadi merah-merah, gatal-gatal, ruam kecil-kecil naik, muka jadi bengkak-bengkak dan mata gatal dan sakit. pffffffffttttt!!!!!!!

Seriously, serious!! Rasa menyesal juta-juta and a day had passed by me not in the mood at all. tsk! That is the worst thing ever happened on my face. I tried it for a day only, and it was realllyyyyyyyyyyyyyy worst!! And now already stopped using it and back to the previous product. Alhamdulillah~~ everything back to normal, even not fully recovered. Sedih!!

I know, I should learn from this lesson. But then, please, please, please.. whenever or wherever you guys see me want to buy this and that; do stop me. I really meant it.  Onegai!! Because you know, sometimes I’ll let my guard down. Teehee~ :P

p/s: oh, mas got her point now. Trade in that product which is worth rm200 with a brand new heels Carlo Rino!!! T_T

p/s/s: I can’t reveal the brand’s name here. Because maybe it’s not suitable for my skin. (baca: kang tak pasal kena saman!! dah la owner die kaya siotttt)

Bebelan demi bebelan..uh!

Semalam masa mahu keluar jumpa Padil dan Jem yang baru pulang dari KL, pergi ke kereta. Seperti biasa, pulas kunci kereta. Entah kenapa encik kesayangan saya yang satu itu tidak mahu hidup. Betul-betul susah hati. Bertambah-tambah lagi beban untuk dibimbangkan. *sigh*

Saya pulang ke bilik dan pinjam kereta housemate. Kena juga pergi jumpa Padil dan Jem. Susah-susah mereka datang ke sini  melawat saya. Oh, terima kasih ‘abg Padil’, buat susah-susah saja belanja saya semalam. Kalau tahu, awal-awal saya order siakap tiga rasa! :P

Malas rumitkan fikiran. Saya layan AJL (baca: Anugerah Juara Lagu 24) dengan sepenuh rasa. Tidur tanpa fikir apa.

Bangun pagi dengan harapan bila hidupkan enjin, pasti akan function kembali. Hampa. Sama macam semalam, malah lebih teruk lagi tiada lampu yang mahu bernyala-nyala juga alarm yang disfunction! Oh, sangat sedih.. :(

Saya cuba lupakan sebentar tentang encik Ally. Tapi payah! Memang sepanjang hari agak gloomy, oh~

Akhirnya abang mekanik datang jenguk-jengukkan encik kesayangan saya itu. Abang mekanik kata air bateri kering dan mungkin plate kat dalam tu dah rosak!! Masa tu, cuma nampak duit-duit yang bakal berterbangan keluar. Sedikit cuba-cuba saya tanya jika boleh isi air bateri dulu. Kita cuba, manalah tahu untung sabut (baca: suka betul tunjuk pandai dia ni.. -_-” ). Alhamdulillah, bateri tidak perlu diganti. Abg mekanik cumel tu cakap, cuba dulu. Kalau jadi lagi call saja dia. Oh, baiklah!! ^^

Dulu pernah jadi sekali. Sama macam ini juga. Tidak serik kamu, kan. Masa tu lagilah noob pasal kereta. Juga kena tipu hidup-hidup dengan encik penjual bateri. huh~

Peringatan untuk diri sendiri; lepas ni sila-sila usha bateri kereta, minyak enjin, coolant, air wiper depan belakang dan juga angin tayar anda. Oh, tidak lupa juga, buat balancing dan alignment setiap 2 atau 3 bulan ya!! ^^

p/s: Cik Mas cumel, terima kasih ya temankan beta. hihi :D

p/s/s: Aduyai, kenapa encik supervisor suka bagi kerja last minute untuk manusia yang suka buat kerja last minute juga (baca: itu saya)  dan mahu cepat-cepat? Bagitahu Midi, dia hanya tolong gelakkan saya. Cheese cake betul lah~ T_T

p/s/s/s:  Oh, AJL sangat-sangat mengujakan! (baca: maaf! over-reacted pula) Tapi, betul saya sangat into it. ^^

-nuna-

kata hati

" kita baik, orang pijak. kita jahat, orang benci. kita angkuh, orang menyampah. kita sempurna, orang dengki. kita garang, orang takut. kita miskin, orang caci. kita kaya, orang irihati." - ikut orang semua tak kena. baik jadi diri sendiri. yang mana patut diubah, ubah. yang mana perlu dibuang, buang. usah gundah. pasti tidak mati keseorangan. sudah ketentuan ilahi. mana seteru, mana sekutu. pilihan di hujung akal.
Don't let someone become a priority in your life when you're just an option in their life... Find a heart that loves you at your worst and arms that hold you at your weakest

kalendar cik nuna

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pengunjung

  • 11,126 orang

Dari sana ke sini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.