Rasa teruja bersama kawan yang agak Gila

I

Cuba kau bangun daripada kerusi pemandu dan duduk di tempat duduk penumpang, sebelah pemandu. Apa kau rasa? Berdebar dan sedikit excited. Itu yang saya rasa. Tambah-tambah pemandu itu lelaki. Mungkin kerap menjadi pemandu membuatkan saya rasa teruja bila duduk di sebelah pemandu. Walaupun lelaki itu hanya officemate yang  sedikit gila, saya tetap merasa teruja. lol

II

Agak sengal kalau berusaha untuk meletakkan paku di bawah tayar kereta orang yang kita tidak suka. Dan kerja gila itu disusuli pula oleh usaha yang agak konsisten saya kira. Sekali letak, tak kena. Dan dia mahu letak lagi untuk kali kedua dan seterusnya hingga dia puas. Uh, kau memang gila kawan!

-nuna-

Terapi Jiwa

Saya suka mengungkap kata-kata dari blog Kak Su; terapi jiwa. Sedikit sebanyak ia berkaitan dengan proses pemulihan dan membaikpulih inner-self. Betul, menulis di sini memberi satu kepuasan maksimum buat saya. Terapi jiwa lebih tepat. Saya boleh menulis apa saja yang terlintas di fikiran. Selalu luahan dalam bentuk bicara gagal, tapi di sini walaupun tidak dapat difahami oleh orang lain saya tetap puas. Sebab saya dah menulis apa yang perlu diluah.

Sungguh, bahasa itu abstrak. Hati boleh menjadi suka amat kalau orang faham apa yang saya mahu sampaikan. Seolah betul dia mengenali diri saya yang kompleks ini. Sungguh saya kompleks. Saya tidak tipu. Saya suka buat benda pelik. Kalau itu boleh mencapai tahap kepuasan untuk diri sendiri, saya buat. Saya suka berfikir pelik. Itu saya.

Selain menulis di blog, ada beberapa perkara pelik yang saya suka buat untuk terapi jiwa saya. Biasalah, orang yang suka bermain dengan emosi sendiri memang berada dalam kondisi yang bahaya. Di penghujungnya, perlu mencari penawar sendiri untuk mengubat hati yang lara. Kesian…

Saya pernah berada dalam kondisi yang sangat stress di mana saya mahu pandu kereta laju-laju seorang diri dan akhirnya saya sesat di kawasan perkuburan cina, jam 12 malam! Oh, ini saya dah buat banyak kali.  Suka benar pandu laju-laju pada waktu malam. Nasib, tak kena saman. Tapi sejak sesat di kawasan perkuburan cina, saya serik! Sumpah tak tipu.

Shopping juga adalah salah satu terapi jiwa yang bagus untuk saya. (baca: saya perlukan duit yang banyak!) Selalu saya pergi ke pusat membeli-belah seorang diri dan menghabiskan duit dengan sekelip mata. Lepas itu, saya akan beri reward untuk diri saya sendiri; makan di tempat yang mahal-mahal seorang diri sambil memerhatikan perilaku manusia lain. Menarik, anda patut cuba!

Mahal juga kalau mahu shopping setiap kali tertekan bukan? Saya ada cara yang murah. Tunggu hujan. Selepas waktu hujan, cuba keluar berjalan seorang diri di kawasan yang ada tumbuhan hijau. Tarik nafas dalam. Tahan. Hembus perlahan-lahan. Apa kamu rasa? Puas dan sedikit tenang bukan? Walaupun sedikit, cukuplah untuk menahan diri daripada break.

Bagaimana kalau tak hujan? Oh, saya suka juga berjogging seorang diri. Rasa hawt sekejup bila jogging seorang diri, orang sana sini pandang (baca: maaf, perasaan sedikit :P ). Masa tu, saya akan berlari sampailah saya penat untuk lari dan  juga penat berfikir selirat-selirat yang berserabut di dalam otak. Bagus, bukan? Boleh kurus juga! hehe :)

Paling tidak pun, saya akan rasa sedikit tenang bila mendengar suara orang tersayang. Suara itu seolah-olah merangkul erat memberikan seribu satu ketenangan. Sebab itulah setiap hari pasti saya akan menelefon mak. Walaupun mak tak tahu gelodak jiwa yang menghentam dinding hati, tapi cukuplah dengan mendengar suaranya. Mungkin saya sedikit melankolik. Peduli apa.

Bila saya gelisah dan resah, tak tahu nak buat apa. Saya tahu satu penyelesaian yang abadi. Kepada-Nya juga kita kembali. Sungguh, alunan-alunan ayat suci sangat menenangkan. Selalu saya manusia yang alpa ini lupa. Meratap hiba saya mengenangkan kelalaian diri…

p/s: Satu impian saya yang masih tidak tercapai. Saya mahu pergi ke suatu kawasan yang sangat tinggi dan memerhatikan segala hidupan di bawah sana. Cantik bila pada waktu malam memerhatikan suasana sebegitu. Ditambah pula dengan hiasan neon malam. Sungguh perfect! Bila agaknya, ya? Hmm, entah!

p/s/s: urghh.. encik nyamuk yang tidak hensem suka benar beri love-bite pada leher saya. Kuang asam betul, la!

-nuna-

Gurindam Hati I

Sekarang ni bontot saya memang panas! Tak senang duduk. Memang gelisah resah ni. Saya perlu pergi untuk hilangkan rasa resah ini. Bye!

-nuna-

cik ego cute

Bila kita mahukan sesuatu, pasti kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Betul?

Usaha ada banyak jenis. Tidak kena pada tempat, pasti sudah tersungkur di tengah jalan. Saya juga begitu. Bibir saya hampir-hampir melakukan aksi cium dengan cik tanah gersang. Adeh! Nasib..~

Saya rasa saya dah cukup berusaha. Mungkin itu persepsi saya. Mungkin orang lain tak nampak atau hargai langsung apa yang saya tengah usahakan ini. Dan mungkin bila sampai suatu tahap di mana saya perlu angkat bendera putih, give up!

Bukan mudah bagi saya untuk mengangkat cik ego cute dan buat dia duduk diam-diam di sebelah saya. Saya sendiri pun tidak tahu hingga mana takat kesabaran cik ego cute di sebelah saya ini. Mungkin saya perlu beri lebih masa kepada pihak disebelah sana. Susah. Sangat susah untuk menyentuh sesuatu yang asalnya bukan milik saya. Saya pandang cik ego cute yang mula merengek-rengek di sebelah saya; ya, saya perlu pujuk cik ego cute dahulu.

Saya mengusap perlahan kepala cik ego cute. Harapnya dia mengerti kesulitan yang sedang saya alami sekarang. Saya pandang mata cik ego cute. Bebola  sebesar bola golf yang bersinar kehitaman itu memandang saya. Mungkin mengharap pengertian daripada saya. Ya, saya tahu. Cik ego cute juga mempunya takat kesabarannya sendiri. Tapi, untuk kali ini.. Sabarlah!

Langit malam hitam. Seronok dan leka betul saya tatap. Lupa sebentar masalah yang sarat melanda diri. Mengikut perkiraan saya yang bukan ahli kaji alam ini, bintang-bintang galak memenuhi dada sang langit. Indah. Seindah cuaca yang baru beberapa hari tidak merembeskan air ke bumi. Sambil itu saya berfikir sejenak. Saya tahu, sebahagian daripada kegagalan ini berpunca daripada saya. Sukar benar untuk saya menuturkan satu kata yang dinanti oleh pihak di sebelah sana. Sudah sifat saya begini. Suka menguji sesuatu sebelum memberi kata putus. Saya pentingkan kualiti, bukan kuantiti.

‘Biar lambat, asal selamat!!”, tak gitu?

Di penghujungnya, saya merana sendiri. Sifat saya yang lain, suka benar menaakul apa yang tak pasti. Itu memang masalah! Saya tahu. Tapi, saya tak dapat mengelak. Saya pandang cik ego cute lagi, saya dapat mengagak. Memang cik ego cute masih belum berikan kerjasama yang sepenuhnya. Dia masih lagi menanti hari ‘itu’ tiba.

Alahai, cik ego cute~ -_-”

p/s: ” kau bukan perempuan tipikal”, quote daripada Amir Afiz

p/s/s: ” you ni peliklah”, quote daripada Syed Hazman ( saya tahu, pelik yang dimaksudkan adalah unik! Perasannya..urgh~ :P )

p/s/s/: ” uena ni, drama queen btol lahhhh, dramatis sungguh!!”, quote daripada Sharifah Shahidah, Mas Fatiha, dan Norhayati

p/s/s/s: ” uena, kau gila..”, quote daripada Munir (*speechless* saya waras ,ok. cuma sedikit gila. Tak salah kan? :P )

p/s/s/s/s: Terima kasih kawan-kawan… hahahahah!!!~~~~ Saya tahu, anda sayangkan saya. kan? kan? kan? :P

-nuna-

Kosong

Saya pandang skrin lebar di depan saya. Saya pandang tidak berkelip. Saya letak telapak tangan kecil ini di dada. Aneh. Ini bukan biasa. Ini lain. Biasa neuron-neuron sering bekerja keras. Membawa maklumat itu ini. Menganalisa itu ini. Menyalin itu ini. Bila terlebih bekerja, mulalah mereka mengembang dan mengecut lalu menghasilkan kondisi depressed. Hairan. Saya letak kembali telapak tangan di dada. Merasa degupan jantung sendiri. Ada. Saya pasti itu degupan saya. Sungguh, saya serius. Patut tidak risau. Patut saya syukur. Alhamdulillah. Semua neuron kembali di paras normal. Mana mungkin saya boleh melihat mereka bekerja. Tidak normal itu, sungguh! Cuma saya dapat pastikan dengan rasa. Yalah, rasa. Rasa kosong. Tenang. Syukur… :)

-nuna-

kata hati

" kita baik, orang pijak. kita jahat, orang benci. kita angkuh, orang menyampah. kita sempurna, orang dengki. kita garang, orang takut. kita miskin, orang caci. kita kaya, orang irihati." - ikut orang semua tak kena. baik jadi diri sendiri. yang mana patut diubah, ubah. yang mana perlu dibuang, buang. usah gundah. pasti tidak mati keseorangan. sudah ketentuan ilahi. mana seteru, mana sekutu. pilihan di hujung akal.
Don't let someone become a priority in your life when you're just an option in their life... Find a heart that loves you at your worst and arms that hold you at your weakest

kalendar cik nuna

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pengunjung

  • 11,126 orang

Dari sana ke sini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.