Lama tak muncul rasa mahu tulis panjang jela-jela. Baru saja godek-godek dua buah (?) blog lama yang sudah ditutup. Bila baca balik semua entri-entri dulu, rasa mahu gelak pun ada.
Blog pertama; masa tu baru mula bertatih-tatih menulis blog di account Friendster. Tahun 2006 kalau tak silap. Susunan ayat pun agak tunggang terbalik dan tidak berapa nak dewasa sangat. Banyak juga menggunakan short form dan ejaan yang agak menyampah bila dibaca balik. Contoh ejaannya; “mcm itu lew~” -> “macam itu lah”. Oh, memang agak geli juga bila umur-umur begini baca balik hasil tulisan sendiri yang mengunakan short form yang sebegitu rupa. Tsk!
Daripada blog pertama ini, saya dapat menganalisa balik corak pertumbuhan. Diri waktu itu sangat gembira dengan hidup. Jarang ada mengeluh di sini sana. Entri-entri yang tercatat juga berbunyi gembira.
Blog kedua; Saya mula beralih arah daripada blog di friendster kepada blogspot.com. Ini semua gara-gara pengaruh daripada kak sue. Tambahan pula pada waktu itu features di blogspot macam lebih menarik daripada blog di Friendster. Jadi saya putuskan untuk menutup blog di Friendster dan menulis di blogspot.
Sebenarnya, blog kedua saya ini adalah tempat saya meluah rasa, berkongsi bicara, info dan minat. Lain sedikit daripada wordpress ini. Sebelumnya, saya lebih terbuka, seronok bercerita itu dan ini. Tapi kini segalanya sudah lain. Berubah selepas satu tragedi.
Disebabkan itulah saya mengambil keputusan untuk menutup blog kedua saya yang banyak tercoret segala kenangan hidup. Suka duka perjalanan hidup yang membentuk saya kini. Sebenarnya sayang mahu delete semua entri yang pernah terhasil di blog itu. Jadi, saya tukar address blog tersebut dan set kepada privacy. Jadi hanya saya seorang yang boleh view entri-entri disitu.
Akhir sekali saya menapak di dada wordpress. Kamu tahu, pernah juga muncul rasa mahu padam account wordpress dan lupakan semua-semua. Tapi, saya tidak mampu. Ini macam soul saya juga. Cuma, biasalah. Kadang-kadang hilang lust to write something here. Masih, saya mahu teruskan. Manalah tahu, suatu masa nanti sel-sel di dalam kepala saya mula lupa satu-satu memori yang pernah tercatat. Untung sabut saya masih ada ini.
Oh, maaflah. Malam ini mood saya mahu membebel berjela-jela tiba-tiba muncul.
Kamu tahu, waktu saya tengah belek satu per satu entri lama dulu-dulu, saya mula sedar sesuatu. Banyak juga kenangan dan memori yang hampir saya lupuskan daripada ingatan. Saya tahu, semua itu disebabkan oleh sebahagian daripada sel-sel di dalam kepala mahu lupakan kisah dulu. Ok, I shall stop writing about hatred.
Tapi, itulah. Diri sekarang lain sedikit daripada dulu. Lebih kuat, tidak mudah menangis, dan matang. Cuma pelik juga. Bila saya mahu menulis ala-ala happy sedikit, rasa bersalah mula muncul. Kononnya saya tidak layak untuk hasilkan tulisan sebegitu. Oleh itu, terhasil lah hasil tulisan yang sebegini rupa. Yang agak serius, dan kadang-kadang cynic juga.
Penyakit psychology kah? Help!
-nuna-
Like this:
Be the first to like this post.
Latest Comments