Duduk atur saya masih lagi kemas. Tidak bergerak walau seinci. Hari ini saya rasa kosong. Betul-betul kosong. Akhir-akhir ini nasib selalu tidak menyebelahi diri. Ahh, sudah. Nasib diri mana boleh dipersalahkan! Itu tidak betul.
Apa yang tersurat, pasti ada yang tersirat. Cuma kena berani sedikit untuk mulakan langkah mengharungi setiap denai yang kiri dan kanan penuh dengan semak lalang. Kalau tidak ada berani walau sedikit, pasti sudah tersungkur. Pasti!!
Saya masih lagi memandang skrin komputer. Masih lagi berkira-kira mahu pulang atau pergi ke mana-mana. Sambil mata melihat-lihat jam yang sekejap mati, sekejap hidup. Mungkin saya perlu ke Ipoh? Masih berbaki lagi warranty jam ni. Entahlah, keputusan saya hanya boleh diambil kira bila saya memegang kunci kereta.
Tiba-tiba saya teringatkan mak. Saya tahu duduk rasa mak yang satu itu. Dan sehingga kini, saya layankan saja. Merungut tidak, mengeluh tidak, apatah lagi mahu membantah. Cuma, akhir-akhir ini perkara yang satu itu menganggu emosi saya. Sungguh, saya agak tertekan. Tapi apakan daya… saya tidak mampu untuk berkata tidak dihadapan mak.
Oh, hati… sabarlah. Mungkin ini salah satu dugaan-Nya yang terpaksa saya harungi. Dan pasti ada hikmah di sebalik dugaan-Mu ini. Saya tahu semua itu. Di sekolah dulu saya ada belajar tentang qada’ dan qadar. Saya ada belajar erti sabar. Cuma, itulah.. saya juga manusia biasa. Kadang lemah. Kadang alpa. Walaupun tahu setiap satu hukum, tapi masih lagi bersikap denial.
Selalu saya ikutkan kata hati yang gila. Memang gila jadinya. Konon mahu lari dari satu dunia. Huh~ mahu pergi ke mana kalau begitu? *blank* Konon mahu hidup seorang diri.. heh~ kalau bolehlah kan??
Sudahlah, penat rasanya berfikir itu dan ini. Patutnya saya redha dengan ketentuan Ilahi dan belajar untuk bersyukur. Sekurang-kurangnya saya masih lagi bernafas di bumi Allah swt ini. Siapa tahu, masa lampau dulu saya ada buat salah dan silap yang membuatkan Dia ‘bayar cash’ pada hari ini. Siapa tahu… Apa yang pasti, saya masih diberi kesempatan untuk memohon keampunan-Nya. Insyaallah..
-nuna-


Latest Comments