One day before leaving

Aiccehhh, tajuk entri nak touching touching je kan.. Tapi, seriously! Tak tau nak gambarkan perasaan, bila duk jauh-jauh from husband. Sedih, ok.. :( Tapi, nak buat macam mana kan… masing-masing ada commitment. So, bear with it je laa stakat ni. Insyaallah, hopefully ada rezeki untuk husband dpt keje di semenanjung. Ameennn.. :)

Esok dah nak blik Penang for 2 weeks. Sedih tu, xpayah citer laa. Last month pun duk di Penang almost 2 weeks without husband pon, ari-ari nanges. Mase first day die xde tu pon.. seharian terperap lam bilik, nanges2 sampai bengkak mata. Ibu mengandung ni sensitip btol kan.. -_-” Esok nak naik flight pon.. xtau laaa, sure bergenang-genang air mata nih.. Tapi, husband still pujuk-pujuk. Suruh kuatkan semangat… and jangan tension-tension.. kesian dkat baby nnt. huuuu~ Ya, I know. Perasaan ibu pun affected baby jugak kan. Insyaallah, I’ll try to be stronger than before, syg. :(

Today husband still keje. Pukul 5 ptg jupgi bru sampai rumah. Sementara tunggu dia balik and nak kuar dating before balik… Tadi da siap iron baju keje husband for 2 weeks.. prepared ayam/ bahan mentah sume2 untuk dia masak nanti. Huhuhu, time iron baju tadi pun da sedih sedih. Tsk! Be strong pleaseee.. -_-”

Ouh, btw dalam sedih sedih tu.. saya rasa agak teruja juga. You know what, tomorrow we’re going to have 3d/4d pregnancy scan!! ^^ Yelah, pegi KKIA hari tu, xjupe doc pon. sbb dia kata saya adalah sehat. So, no use untuk jumpa doc. Then, Mr. husband and I sibuklah duk survey2 maternity klinik here where got 3d/4d pregnancy scan. Almaklumlah… di bintulu ni susah sket nak ada klinik yang provide all the high tech equipment kan. So, ktorg da jumpe one klinik ni and decide untuk pergi ke Klinik Dr. Lau. Tadi sempat lg call that klinik and Insyaallah… ktorg akan pergi scan our little dearest tomorrow morning! ^^ Excited tauuu ibu dan ayah nak tengok baby. ^^ heeee~

If let say, esok baby tunjuk-tunjuk die punye ehem2.. boleh lah ibu shopping sket2 barang-barang baby time ibu dkat penang nnt. Right now xde beli ape sangat pun lagi. Just beli one set The first year breastflow starter set and diaper travel bag je. All clothing material xnk beli lagi… nak tunggu tau gender baby dulu. hik3~

Ok, ni la starter set untuk feeding bottle baby nnt:

Harga for this starter set adalah RM 71.91 and starter set ni include:

- two 5 oz bottles with two Stage 1 nipples and bottle covers,

- two 9 oz bottles with two Stage 2 flow nipples and bottle covers,

- a unique snap-to-bottle container,

- a bottle brush.

Agak jimat jugak laaa kan.. sbb kalo kter purchase 1 bottle pon dah RM 19.90. Kat dalam ni ade 4 bottles and teats lagi…So, dah save di situ kan. This starter set I purchased from OBW (One Baby World Boutique). Rasa berbaloi-baloi.. :)

Okeh, yang kat atas tu travel diaper bag yang baru dibeli. Hmm, somehow I pun wonder, why I choose this light blue color. hahaha~ Tapi, xkesah lahhhhh kalo baby girl pon, still the design look cute what.. And the price of the bag pon quite reasonable.. RM44. This bag adalah dibeli daripada Baby Esyad Dream Collection. Knape eh, saya beli travel bag ni awal awal? Nanti time confinement bukan nak g travel travel pon kan? haha~ No, no… the reason is, nnt boleh laa letak brg2 baby and ibu untuk packing packing for preparation ke hospital nanti. Nampak cumel sket kannnn.. kannnn..~ hahahaha!!

Stakat ni, beli itu je la dulu kot. Tu pon online, takde nye saya nk beli kat Bintulu neh. The price here is quite expensive and not so many choices pun yang ade. Barang-barang yang lain-lain maybe akan dibeli di Penang…~^^ Dearie syg, esok jangan malu-malu, kepit-kepit ye time doc scan… Ibu dan ayah xsaba nak tau your gender tauuuu… till then~ ^^

Check-up

Semalam dah selamat dah pergi check-up di KKIA Bintulu. For the first time, saya pergi sengsorang. Rasa macam kagum pulak, naik teksi untuk ke KKIA. Heee~ Tapi, nak buat mcm mane kan, En. husband keje.. xkan lah nk suruh die amik cuti semata-mata nk temankan saya gi klinik pulak. Dahlah husband xley masuk pun time mrs. wifey duk check-up2 kan.

Alhamdulillah, pergi check sume.. results menunjukkan hasil yang membanggakan. Ibu baby adalah sehat! ^^ So, nurse cakap.. no need to see doc. Urgg, rase mcm nak marah lah jugak. Selalu-selalu, jupe je doc. Tapi, hari ni dah la tunggu sikit punye lame. Sampai lenguh pinggang-pinggang neh. Tapi, xpayah jupe doc pon. Hajat di hati nak la jugak scan kann… nak tgok gender baby. huuuu~ Takpelah, nk buat mcm mane. Dah takde rezeki.. So, saya hanyalah redha. Xtau lah kenapa.. smalam adalah sangat berserabut keadaan di KKIA tu. Boleh pulak org yang dtg appointment kul 11 and 12 dapat turn awal daripada org yang buat appointment kul 10. Phew.. sabar je la, da mende free kann. haha~

En husband pon smpai sms tanye.. xkan xmasuk check lagi yang? huuuu~ nk buat cemane kan.. Tunggu je laaa.. Before pegi klinik tu, mcm agak risau dengan weight ibu + baby. Takut jugak bertambah2. Tapi alhamdulillah.. setelah ditimbang-timbang, untuk bulan ni berat saya adalah di skala normal. Bulan lepas (4 months) adalah 55.3 kg. Dan untuk this month (5 months) pulak adalah 57.1 kg. Hik3~ So, xdelah merisaukan sgt.

So, selepas selesai sume-sume checkup.. saya pun menyusun langkah nak cari teksi. Tiba-tiba terdetik dlm hati.. wah independent nya diri ni. hahaha!! Tapi, sesampai je di kawasan teksi.. perut mula laa nak berkeroncong. So, digigihkan jugak lah langkah untuk ke KFC di depan mata. Itu je kot kedai yang nmpak menyelerakan kat sini. Wuuuuu~ sedih! So, saya pun sms en husband bgtau dia nk gi makan KFC dulu before balik.

Dah sudah makan-makan… (padahal makan ayam seketul je, walaupun order bagai nak rak! nafsu, nafsu..selebihnya saya take away.. hik3) saya pun pegi balik ke kawasan teksi untuk balik ke rumah. Tak tau pulak saya, bila berjalan selangkah dua mcm tu, hasilnya adalah sangat memenatkan. Sesampai je di rumah, saya terus tertdo 2 jam. Dan hasilnya…. lepas bangun daripada tido xley jalannnn!! T_T Dahla time tu husband xblk lg dari keja. Memang rasa sedih sangat2. Xtau nape, bila saket sket je… mesti nak rase touching-touching.. sedih-sedih. hahaha!

So, call mak. Tanya mcm mana nak buat dengan kaki ni. Mmg sakit sangat-sangat.. xbley nk berdiri langsung. Apatah lagi berjalan kan.. Lepas mak suruh urut2 picit-picit sket kat bahagian yang sakit tu. Takut-takut ade urat bersimpul. So, lepas urut-urut tu.. digagahkan jugak untuk bangun dan cuba untuk berjalan.. Hasilnya adalah sangatttt sakittt… Then, cuba dan cuba lagi. Lelama tu, baru la boleh jalan sket. Tu pon, terjengket-jengket. Lepas tu mak pesan. Lepas ni pakai stoking. Maybe sebab kaki tu sejuk sangat.. and jadi cramp smpai cmtu skali. Then, bila da boleh terjengket-jengket sket tu, mula la proses memasak untuk en husband yang bakal pulang dari kerja. Better masak awal-awal.. nnt xpasal-pasal lagi skali kaki ni buat hal.. kene makan luar pulakkkkk (xske actually makan dkat kdai-kdai di sini…) hik3 :P

Phew~~ macam-macam dugaan lah untuk ibu mengandung neh kan.. Terasa insaf pulak, bila terkenangkan macam mana mak kta mengandungkan kta dulu…

Lately…

I don’t know why, sejak akhir-akhir ni.. sket-sket rasa nak sentap. Even benda-benda sekecil alam pun dah boleh buat hati ni terguris-guris. Sensitif sungguh! Haish~ Selalu saya reminds diri sendiri,

“tak elok terasa/sensitif sangat, nanti boleh affects baby’s growth..”

Terus insaf sekejap, dan kaki mula disusun untuk mengambil wudu’. Moga-moga tenang sedikit. Alhamdulillah, setakat ni method sebegitu agak effective buat saya. Seboleh-bolehnya, saya cuba untuk control emosi yang berlebih-lebihan tu. Ya, mungkin sesetengah ada mengatakan ini semua salah hormon-hormon yang memberi kesan kepada ibu mengandung. But, for me.. itu adalah mainan syaitan. Biasalah, bila diri dalam keadaan lemah (note: pregnant) mudah sangat untuk kita dibelenggu oleh hasutan-hasutan jahat. Mulalah nak salahkan itu dan ini. Walhal, kalau difikir-fikir dan ditimbang-timbang balik… all those things tak ada ape pun sebenarnya.

Btol?

So, untuk semua pregnancy moms.. jangan sensitif-sensitif sangat, ok? Just reminds yourself.. think positive and be positve.. Apa-apa pun, semua ni for the sake of our baby jugak kan? Hee ^^

Jauh

Satu menjak, dua menjak ni.. rasa sedikit sepi. Sunyi. Rindu. Sensitif. Seribu satu rasa berbaur. Mujur sudah pindah ke rumah family. Sedikit sebanyak, terubat juga sunyi dan sepi itu.

Dia, jauh di sana. Ya, ada patah-patah yang mengatakan jauh di mata dekat di hati. Betul, dia dekat di hati saya. Tapi.. jarak yang memisahkan dia dan saya daripada segi fizikal ini sungguh menyakitkan.

Sebelum. Mana-mana pergi, ada dia, ada saya. Waktu saya susah, dia muncul. Walau pada tengah-tengah malam. Saya yang dulu pandai berdikari mula dimanja-manja. Mungkin hampir spoiled bila bersama dia. Dia terlalu menjaga dan mengambil berat tentang saya. Waktu saya sedih, dia sentiasa ada di sisi. Sentiasa pinjamkan bahu untuk saya menangis. Sentiasa menyokong dan memberi semangat buat saya meneruskan liku-liku hidup yang semakin mencabar.

Sekarang. Dia jauh di sana. Saya rindu. Betul, jangan selalu ungkapkan kata rindu. Kelak makin merana hati dek menaggung rindu yang tak tertahan. Hanya satu yang menjadi pengubat rindu. Kerja. Kini, saya perlu belajar berdikari semula. Buat itu ini, semua sendiri.Pasrah.

Tapi orang kata; get a life. Jangan terlalu ralat. Jangan terlalu mengira waktu. Makin lambat akan terasa waktu 2 bulan setengah itu. Just follow the flow. okayh?

Saya kata; Insyallah. Saya pasti punya kekuatan untuk itu.

Dia di sana mencari rezeki. Untuk masa depan bersama. Bukan ada apa.

Ya. Betul. Saya akui semua itu. Cuma, kadang orang tidak faham rasa ini. Tak apalah, hanya bahu yang memikul yang dapat merasakan beratnya tanggungan itu.

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan ini seakan memberikan sinar kepada hidup saya. Pemergian dia ke sana di awal Ramadhan juga dapat saya tempuhi dengan tabah. Tidak seperti hari hari sebelum, di mana saya sering menangis terkenangkan dia bakal pergi jauh. Dekatkan diri pada Allah s.w.t. , dan sediakan diri untuk menempuh alam perkahwinan agar menjadi isteri yang solehah. Sebarang kemusykilan saya panjatkan hanya pada DIA. Insyaallah, segala pasti akan berjalan dengan lancar. Dia pasti terpelihara di sana…

Ameen.

-nuna-

Lupa

Hari ini, saya mula tersedar akan sesuatu. Sesuatu yang hampir hilang daripada jasad ini. Yang mula luput memori untuk menekan nekan butang butang keyboard, seraya mengungkap kata dan menyampai maksud. Lupa. Saya betul-betul lupa bagaimana cara untuk menulis, meluah, merangkap pada entri di ruang kecil ini. Ruang ini mungkin kecil, walhal ruang kecil ini mampu memberi 1001 penawar pada saya suatu ketika dulu. Waktu saya tidak punya siapa siapa yang rapat untuk luah kecamuk di hati. Mudah betul lupa.

Mujur tatkala berbicara dengan kenalan lama, saya salin&tampal alamat blog ini pada dia. Konon mahu memperkenalkan pemilik blog tersebut, konon konon mahu memperkenalkan dia pada pemilik blog tersebut. Dah macam agen cari jodoh pulak. Ok, cut it out. Lantas, dengan tidak sengaja saya membaca tiap kata dan baris ayat di blog tersebut. Dan, satu perasaan yang dulu pernah hinggap di dalam diri muncul kembali. Senyap senyap ia menyapa. Rindu betul. Sudah sekian lama perasaan itu menyepi, mendiam diri. Semenjak saya sibuk dengan urusan menulis thesis. Rasa itu kian lama kian menyepi. Tidak pernah ia menonjol diri, dan saya juga tidak sedar akan kesepian itu buat kesekian kalinya.

Sekarang, maksud saya.. kala ini, tangan ini mula menari nari di atas butang butang keyboard. Walau ada langkah yang masih sumbang dan kekok di sini sana, saya masih truskan. Kerna rasa sayang terhadap rasa yang muncul kembali buat kesekian kalinya, saya gagahkan diri. Tidak mahu saya lupa. Bukan kacang lupakan kulit. Bukan , saya. Pernah suatu ketika saya ditimpa tekanan yang maha dasyat, jauh dari keluarga dan tidak ada siapa siapa mahu meminjamkan telinga.. di sini juga saya coretkan dan luahkan. Sedikit sebanyak, dapat juga kurangkan tekanan yang menimpa.

Sungguh saya berterima kasih pada blog tersebut yang mengingat kan saya pada keindahan kata dan ayat. Sungguh. Juga pada pemilik blog tersebut yang menginspirasikan saya dalam bidang ini di awal tahun 2007. Terima kasih!! Truely inspired by yours, Kak Sue!! ^^

-nuna-

kata hati

" kita baik, orang pijak. kita jahat, orang benci. kita angkuh, orang menyampah. kita sempurna, orang dengki. kita garang, orang takut. kita miskin, orang caci. kita kaya, orang irihati." - ikut orang semua tak kena. baik jadi diri sendiri. yang mana patut diubah, ubah. yang mana perlu dibuang, buang. usah gundah. pasti tidak mati keseorangan. sudah ketentuan ilahi. mana seteru, mana sekutu. pilihan di hujung akal.
Don't let someone become a priority in your life when you're just an option in their life... Find a heart that loves you at your worst and arms that hold you at your weakest

kalendar cik nuna

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pengunjung

  • 11,126 orang

Dari sana ke sini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.