Semalam dah selamat dah pergi check-up di KKIA Bintulu. For the first time, saya pergi sengsorang. Rasa macam kagum pulak, naik teksi untuk ke KKIA. Heee~ Tapi, nak buat mcm mane kan, En. husband keje.. xkan lah nk suruh die amik cuti semata-mata nk temankan saya gi klinik pulak. Dahlah husband xley masuk pun time mrs. wifey duk check-up2 kan.
Alhamdulillah, pergi check sume.. results menunjukkan hasil yang membanggakan. Ibu baby adalah sehat! ^^ So, nurse cakap.. no need to see doc. Urgg, rase mcm nak marah lah jugak. Selalu-selalu, jupe je doc. Tapi, hari ni dah la tunggu sikit punye lame. Sampai lenguh pinggang-pinggang neh. Tapi, xpayah jupe doc pon. Hajat di hati nak la jugak scan kann… nak tgok gender baby. huuuu~ Takpelah, nk buat mcm mane. Dah takde rezeki.. So, saya hanyalah redha. Xtau lah kenapa.. smalam adalah sangat berserabut keadaan di KKIA tu. Boleh pulak org yang dtg appointment kul 11 and 12 dapat turn awal daripada org yang buat appointment kul 10. Phew.. sabar je la, da mende free kann. haha~
En husband pon smpai sms tanye.. xkan xmasuk check lagi yang? huuuu~ nk buat cemane kan.. Tunggu je laaa.. Before pegi klinik tu, mcm agak risau dengan weight ibu + baby. Takut jugak bertambah2. Tapi alhamdulillah.. setelah ditimbang-timbang, untuk bulan ni berat saya adalah di skala normal. Bulan lepas (4 months) adalah 55.3 kg. Dan untuk this month (5 months) pulak adalah 57.1 kg. Hik3~ So, xdelah merisaukan sgt.
So, selepas selesai sume-sume checkup.. saya pun menyusun langkah nak cari teksi. Tiba-tiba terdetik dlm hati.. wah independent nya diri ni. hahaha!! Tapi, sesampai je di kawasan teksi.. perut mula laa nak berkeroncong. So, digigihkan jugak lah langkah untuk ke KFC di depan mata. Itu je kot kedai yang nmpak menyelerakan kat sini. Wuuuuu~ sedih! So, saya pun sms en husband bgtau dia nk gi makan KFC dulu before balik.
Dah sudah makan-makan… (padahal makan ayam seketul je, walaupun order bagai nak rak! nafsu, nafsu..selebihnya saya take away.. hik3) saya pun pegi balik ke kawasan teksi untuk balik ke rumah. Tak tau pulak saya, bila berjalan selangkah dua mcm tu, hasilnya adalah sangat memenatkan. Sesampai je di rumah, saya terus tertdo 2 jam. Dan hasilnya…. lepas bangun daripada tido xley jalannnn!! T_T Dahla time tu husband xblk lg dari keja. Memang rasa sedih sangat2. Xtau nape, bila saket sket je… mesti nak rase touching-touching.. sedih-sedih. hahaha!
So, call mak. Tanya mcm mana nak buat dengan kaki ni. Mmg sakit sangat-sangat.. xbley nk berdiri langsung. Apatah lagi berjalan kan.. Lepas mak suruh urut2 picit-picit sket kat bahagian yang sakit tu. Takut-takut ade urat bersimpul. So, lepas urut-urut tu.. digagahkan jugak untuk bangun dan cuba untuk berjalan.. Hasilnya adalah sangatttt sakittt… Then, cuba dan cuba lagi. Lelama tu, baru la boleh jalan sket. Tu pon, terjengket-jengket. Lepas tu mak pesan. Lepas ni pakai stoking. Maybe sebab kaki tu sejuk sangat.. and jadi cramp smpai cmtu skali. Then, bila da boleh terjengket-jengket sket tu, mula la proses memasak untuk en husband yang bakal pulang dari kerja. Better masak awal-awal.. nnt xpasal-pasal lagi skali kaki ni buat hal.. kene makan luar pulakkkkk (xske actually makan dkat kdai-kdai di sini…) hik3
Phew~~ macam-macam dugaan lah untuk ibu mengandung neh kan.. Terasa insaf pulak, bila terkenangkan macam mana mak kta mengandungkan kta dulu…




Latest Comments