Tolong Ingatkan Aku

Saya macam; WHAT??? This is the winner of the grand AJL 25? Lagu macam ni pun boleh menang ke? pffffttttttttttt! and the scene of sarcasm continues between us, the friends and I. And we concluded that Ms. Ana Rafalli won because of M. Nasir (who was the head of juries) personally like her and only he knows how to judge and appreciate the song. Not the typical-non-arts-people like us. LoL! And the chats about her end as the eyes were sleepy. Oh, kitorang tak rugi rugi mana mana atau untung pun. Cuma sikit je la tak puas hati. Penat-penat tercanggak depan TV enjoy the performances and all… and the winner came out; Ms. Ana Rafalli.

Tapi, kesian juga. Adalah tersangat ramai orang yang tidak puas hati diatas kemenangan dia. Kesian!! During she sang back the song, most of the audiences in the stadium started going back and sungguh!! I betul betul kesian kat dia. Not even once for the rest of my life, I’ve seen in the previous AJLs people are not celebrating the winning. Siap kene boo, katanye. Oh, kesian!

Ok. that the responses that Ms. Ana Rafalli needs to overcome by herself. Yeah, she got to be strong if she want to stay in the current music industry, I guess.

But, I kept thinking why M. Nasir such a great and experienced composer/singer choose her as the winner? There must be something behind it. kan? Do you think so?? Hence, that is why I tried listening carefully to the lyric and try to understand it. And I was like yeahhh! She deserved it. She deserved the winning. The lyric was great and beautiful!! The words are dancing together during the singing. Very beautiful!! Now I understand why sifu M. Nasir choose her. Yes.. tolong ingatkan aku is a great song you know. Not because she’s new in the Industry you guys need to put the blame on her. She works hard to reach the level. Ok, lets forget the critics and all. With this, I proudly agree with sifu M. Nasir and hey, congrats to you Ms. Ana Rafalli. Will waiting for your next project/arts!! And honestly, I reaaaallllyyyyyyyy love the song!!

Here is the lyric:

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

With this, I ended this entry with; Sudah sudah lah tu pertikaikan kemenangan cik ana rafalli ni. She deserved the winning, ohkay!

-nuna-

Bila kena hina..

Please watch and understand the situation of attached video first before we proceed to elaboration for issue ‘hina menghina’ ini.

Credit: Youtube

Okeh. Done watching the clip? What do you think regarding this issue? Siapa yang patut disalahkan? Karam Singh Walia? Lelaki-lelaki yang kononnya mahu menebus maruah bangsa? Atau observers di tempat kejadian? Firstly, cuba overlook pada waktu kejadiaan di mana Karam Singh Walia telah slipped his tongue dengan menghina bangsa melayu ketika berada di bawah keadaan separa sedar atau  lebih jelas; mabuk (Sungguhlah, arak itu memang membinasakan). Secondly, mari tumpukan perhatian pada saksi-saksi yang menyaksikan dan mendengar tutur kata Karam Singh Walia. Jika betul ketika itu KSW adalah di dalam keadaan mabuk, apa lelaki-lelaki melayu itu buat bersama-sama dengan orang mabuk? Okeh, forget it. Itu hal mereka. Tidak perlu masuk campur bukan.

Sekarang, lihat pula tempat kejadian di mana Karam Singh Walia dengan penuh penyesalan memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya dan at the same time ada lelaki-lelaki yang kononnya penegak keadilan bertubi-tubi mengasak dan masih mengapi-apikan keadaan. Bullshit apakah itu.

Ya. Saya orang melayu. Bila bangsa melayu dihina dan dipijak-pijak, sungguh… saya marah! TAPI. Tidak perlu rasanya segala kekasaran tidak kiralah bahasa mahupun perilaku. Sungguh, saya agak kecewa dengan responses daripada lelaki-lelaki yang kononnya mahu menebus maruah bangsa itu. Kita ada budi bicara dan hemah. Tidak perlu rasanya menengking tempias sebegitu rupa. Buruk dan memalukan bangsa sendiri. Tak payah nak berlagak gangster dan letakkan undang-undang di tangan sendiri. Layaknya tragedi 13 Mei mungkin bakal menyusul. Ngeri dan tak perlu bukan?

Buat Karam Singh Walia, anda mungkin berada pada tahap tekanan yang melampau dan saya pasti penyesalan itu ada. Hopefully you can endure this situation, even though mungkin akan dikenakan tindakan oleh pihak TV3. Itulah bahana arak, still you need to be responsible on things you had done.

As a Malay, yes.. I’m hurt by your words Mr. Karam Singh Walia. But, I still know how to negotiate this situation.  You are under alcohol effect – you slipped your tongue towards Malays – Malays get angry -  you apologized  and admitted your mistake -  It’s hurt, but I know everybody made mistakes – I hope you learnt your lessons and I think you need to pay for what you have done by enduring the consequences. Consequences of facing the whole country since I’m sure everybody know him. Consequences from his own employer. As Malays, no need to use harsh actions that could lead to unnecessary event. Yes, an educated person won’t do anything that might cause any harm to the country. I love Malaysia damn much, and I appreciate the peacefulness.

p/s: 1Malaysia?

-nuna-

Another great news, I hope this one works well.

Alhamdulillah, syukur. Again, I got a great news!! Infinite thanks to Him, the Creator. One after another, He blessed me with this one. Uhukk! So, I guess I need to update the resume and prepare things for this July!! Pray for me ya, y’all~

p/s: I hope nothing goes wrong and things are smooth as planned. Chaiyo2, me!!

-nuna-

Mahu tukar gender boleh?

Hari ini entah kenapa ada rasa sedikit emosi. Atau banyak mungkin. Sana-sini dengar cerita yang isinya lebih kurang sama. Juga daripada pengalaman sendiri. DULU.

Lelaki. Hmmpph!! tidak habis-habis dengan isu lelaki bila perempuan berbicara bukan? Tetapi ini hakikat, hakikat yang saya mahu suluh agar jelas dan nyata. Baru-baru ini ada teman bercerita tentang love story-nya. Dan ending-nya juga begitu. Dikhianati lelaki. Senang-senang saja beri kata putus. Katanya tidak ada rasa lagi, sayang itu sudah mati. Oh, mudah betul.

Cuba kau reverse situasi ini dimana gender bergelar perempuan yang minta putus. Lelaki masih lagi boleh memujuk si perempuan. Kononnya perempuan umpama kerak nasi. Isi air, lama-lama lembut lah. Kononnya lah kan. Tetapi, bila sebaliknya terjadi.. gender lelaki ini senang-senang saja tinggalkan insan lemah yang bernama perempuan terkapai-kapai. Tak guna perempuan ini merayu bagai, dia masih dengan keputusannya yang satu itu. Putus. Untung-untung dia siap bagi kau bonus lagi. Cacian, makian dan hinaan. Saya pernah rasa. Dilayan bagai sampah, waktu ITU.

Tak guna kau nak rayu bagai. Dia dah made a decision. Jadi kau perlu bear on it. Cuba cari jalan untuk pulihkan hati kau sendiri.

Itu yang pelik dan menjadi tanda tanya. Memang betul lah, kuasa utama masih di tangan gender yang berstatus lelaki. Sekali sudah ada keputusan, itulah yang satu. Jika kau tak percaya, cuba lihat sekeliling kau. Mungkin ada juga yang lain sedikit. Tapi majoritinya beginilah. Tak usah nak debat sana sini. Tengok saja kuasa cerai, di tangan lelaki bukan?

Enough said.

-nuna-

mereka lagi memerlukan

Kita selalu merungut tentang kasih sayang. Orang itu tak sayang, orang ini tak appreciate. Macam-macam lagilah. Dalam kealpaan terbesar kita, selalu kita lupa pada insan kecil bergelar ‘si anak yatim’. Mereka sendirian terkontang kanting di atas bumi Allah swt ini. Mungkin hanya sempat menatap wajah ibu atau ayah dan merasa nikmat kasih sayang untuk beberapa ketika sebelum ajal menyeru. Atau bagi yang agak bertuah sedikit, boleh hidup bersama ibu dan ayah tercinta sebelum bencana melanda.

Pernah tak terfikir waktu berbelanja di mall mana-mana kita allocates sedikit duit perbelanjaan kita itu pada mereka yang serba kekurangan? Baju, seluar harga ratus-ratus boleh beli macam tu saja. Tak fikir dua tiga kali pun. Grab saja. Mereka di sana, makan pun entah cukup entah tidak. Kadang-kadang baju yang dipakai hanya ada seorang sepasang. Baju sekolah yang diguna pakai selama 3 atau 4 tahun turun temurun seorang sepasang, baju buat salin sehari-harian 2 atau 3 pasang mungkin dan kasut sekolah yang mungkin juga dijadikan kasut bola. Anak-anak kita sekarang? Setiap seorang ada kurang-kurang 5 pasang baju sekolah. Satu untuk hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Kasut pula dua tiga pasang. Lain pula dengan kasut sukan atau apa-apa.

Mungkin kita ada kekangan duit atau komitmen untuk bayar hutang kereta, rumah dan apa-apa saja setiap bulan. Kalau macam tu, banyak inisiatif lain yang boleh kita usahakan. Cuba korek-korek almari baju dalam satu-satu bilik. Pasti banyak baju lama-lama yang masih elok terjaga dan tidak digunakan bukan? Ambil, asingkan dan letak di dalam kotak. Itu pun dah cukup untuk di dermakan pada mereka. Apa kata kita beralih pula ke almari buku dan kasut. Agak banyak juga yang boleh didermakan.

Bila kau baca ini, mungkin kau tak dapat serap 100% perasaan sedih campur hiba bila lihat kesempitan hidup ‘si anak yatim’ tanpa belaian kasih sayang ibu dan ayah, tanpa kelengkapan yang sempurna. Jum turun padang. Lihat sendiri dengan anak mata kau. Bagaimana survival-survival itu terus hidup dengan keadaan yang serba kurang. Tidak tahu di mana lokasi rumah-rumah anak yatim? Sekarang ini dah banyak. Kalau mahu mudah kau boleh pergi sini. Ada senarai di situ.

cdt to www.iluvislam.com

Dari jauh, lihat anak-anak kecil itu bermain di tambah dengan gelak tawa mereka tanpa sebarang gundah tercalit di wajah. Itu kita orang luar yang hanya memegang peranan sebagai observer. Cuba selami diri anak-anak kecil itu, sebak di hati mereka siapa yang tahu dan peduli.

cdt to google

Dermalah kepada mereka yang memerlukan. Jangan hanya mahu menderma demi mahu menunjuk-nunjuk dan mendapat nama. Bila tangan kanan menghulur biarlah tangan kiri tidak tahu. Insyaallah.. :)

p/s: Bila jalan-jalan di blog encik kecit cumel, saya terpandang satu entri. Dan entri itu begitu meruntun hati saya.

-nuna-

kata hati

" kita baik, orang pijak. kita jahat, orang benci. kita angkuh, orang menyampah. kita sempurna, orang dengki. kita garang, orang takut. kita miskin, orang caci. kita kaya, orang irihati." - ikut orang semua tak kena. baik jadi diri sendiri. yang mana patut diubah, ubah. yang mana perlu dibuang, buang. usah gundah. pasti tidak mati keseorangan. sudah ketentuan ilahi. mana seteru, mana sekutu. pilihan di hujung akal.
Don't let someone become a priority in your life when you're just an option in their life... Find a heart that loves you at your worst and arms that hold you at your weakest

kalendar cik nuna

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pengunjung

  • 11,126 orang

Dari sana ke sini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.