Di bawah langit biru… mengapa?
Tanpa kita sedar, jika diperhatikan dari atas sana, jasad ini hanyalah sekecil zarah. Mungkin lebih kecil. Tapi, sekecil-kecil setiap satu manusia itu… tersimpan seribu satu rahsia di dalamnya. Yang kadangnya, mampu mengocak satu daerah atau negeri.. mungkin negara juga benua.. bahkan satu dunia. Dengan terciptanya teknologi-teknologi yang melangkau akal, tumbuhnya bangunan-bangunan pencakar langit yang pelbagai bentuk dan rupa bak cendawan selepas hujan, apatah lagi konflik politik antara negara yang tak sudah, dan juga karenah-karenah permasalahan sosial. Setiap satunya tersusun rapi segala jawapan.
Kagum, bukan? Jadi, mari kita sama-sama mengexperimentasi dan merungkai setiap satu persoalan yang kadang terlintas di fikiran. Mungkin di sini sedikit sebanyak anda akan menemui jawapannya..


Hi, nice to meet you !