Pelupa. Akhir-akhir ini, sering berlaku dimana saya akan jadi lupa, pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Bahaya kan? Baru tadi habit ini berulang lagi. Semasa sibuk mencari kad di dalam dompet, apa yang saya perasan not RM50 luak sekeping. Oh, sudah! Mana aku letak ni? hati saya berdetik.
Mungkin RM50 itu adalah kecil nilainya buat sesetengah orang yang bergaji 5 atau 6 angka, kurang-kurang. Tapi, bagi saya.. RM50 tu, agak besar juga jumlahnya. Bukan apa, sekurang-kurangnya, cukup untuk bekalan minyak kereta, paling-paling untuk seminggu. Ataupun, paling tidak… boleh beli apa-apa yang boleh diguna. Dan nilai itu pasti-pasti sangat cukup buat kanak-kanak di Somalia yang merempat kebuluran.
Saya mencari-cari dua tiga kali di merata tempat; dalam poket seluar, di dalam kereta, juga sekali lagi di dalam dompet. Masih tidak dijumpai.
Sudah,lah. Mungkin not RM50 itu bukan rezeki buat saya. Tapi, itu saya boleh lupa. Tidaklah sampai susah hati tiga hari tiga malam tak boleh tidur. Cuma, yang memeningkan kepala, adalah sikap pelupa yang makin menjadi-jadi ni. *sigh*
Dua tiga hari lepas, sama juga. Lupa mana saya letak handphone yang tadinya saya rasa masih lagi dalam genggaman. Tengok-tengok dah hilang. -_-” Cari- punya-cari-bagai-nak-rak.. alhamdulillah, ketemu juga.. hehe! ^^
Mungkin, akhir-akhir ni semakin banyak input yang memenuhi ruang pemikiran ni. Sampaikan otak tak sempat nak mencerna input-input yang extra. Mungkin..
-nuna-


Latest Comments