11.26.09

Buku cinta

Posted in Di Bawah Langit Biru tagged , , , at 9:43 am by nuna

Banyak buku pasal “cinta” saya baca lewat ini. Cinta hakiki. Dungu betul saya. Diri dah jadi macam kanak-kanak bertatih. Satu langkah demi satu. Tapi, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya saya masih mempunyai peluang untuk merasai zat cinta itu. Alhamdulillah… :)

Moga diberikan petunjuk oleh-Nya. Ameen..~

Saya masih belajar. Dan saya rasa saya akan terus belajar hingga ke hujung nyawa saya. Kerana hidup ini adalah suatu proses pembelajaran yang non-stop. Jadi maafkan saya andai di pertengahan jalan saya masih terkucil di sana sini. Itu adalah kelemahan yang masih lagi saya cuba baiki. Insyaallah, masa itu masih ada.

Peluang. Saya selalu membebel kepada diri sendiri; jangan mengadili sebuah buku hanya dengan melihat cover-nya! Itu kelemahan saya. Maaf berjuta.  Sebetulnya, saya perlu magnifikasikan kebaikan orang, bukannya menjaja cela. Yang mana baik kita ikut, yang buruk sama-sama kita baiki.

p/s: Terima kawan, kerna sudi meminjamkan buku-buku cinta..

p/s/s: Oh, ya. Saya baru beli Ayat-ayat cinta. Ketinggalan zaman, saya tahu. Tapi, tak mengapa. Saya lebih suka memiliki walaupun agak terlewat sedikit. :) Oh, I’m possesive :P

-nuna-

Leave a Comment