11.25.09

Pelangi

Posted in Di Bawah Langit Biru tagged , , , , , at 6:25 pm by nuna

Saya mahu menulis sesuatu di sini. Sebab saya setuju sangat bila kak su tulis di blog dia; menulis adalah terapi untuk jiwa. Betul, saya akui sangat. Ia boleh diaplikasikan untuk saya. Tapi, bila mana apa yang mahu ditulis dan diterapikan menjadi kusut masai dan berselirat… saya buntu. Sungguh segan saya mahu buka pekung di dada. Terasa sesak benar dada sejak akhir-akhir ini. Saya sudah penat memikirkan masalah yang satu itu. Saya tahu, patut tidak saya berhenti berdoa ke hadrat Ilahi. Insyaallah mungkin Dia bakal menganugerahkan saya warna-warna pelangi.. :)

-nuna-

Leave a Comment